Sunday 14 December 2014

3D2N at USS | Singapore - Part 1

Assalamualaikum.

Pernah tak terfikir untuk pergi honeymoon kat Universal Studio Singapura? Hahaha. Aku plan untuk honeymoon kat USS last minit. Ha, jangan ingat USS ini hanya untuk budak-budak je. Actually USS sesuai dilawati oleh semua golongan. Tak kiralah budak-budak, parents, or pasangan yang baru berkahwin (macam aku..haha).

Aku pergi dengan wife aku sebab die memang tak pernah pergi USS. So, aku cakap why not time honeymoon ni kita pergi kan. Perjalanan dari KL ke JB makan masa lebih kurang 7 jam. Sebab kitorang ada 2 3 kali singgah dan rehat kat RNR.

Dalam pukul 2 lebih tu kitorang sampai kat New York Hotel, JB. Aku memang plan stay kat hotel kat JB ni sebab harga hotel di Singapura agak mahal berbanding di negara kita. Tapi korang jangan risau. Kebanyakan travel agen yang menawarkan pakej USS Singapore ni dorang akan sediakan bas dari hotel yng korang stay untuk pergi ke USS.

So, bila dah sampai kat hotel, kitorang chek in dan rehat-rehat untuk aktiviti esok. USS!


Day 2
Pagi tu kitorang breakfast awal sebab bas untuk bawak kitorang ke USS datang pukul 8.00 pagi. Bas ni akan pergi kat beberapa hotel yang menggunakan perkhidmatan pakej USS ni untuk pick up pelancong yang nak pergi ke sana.

Kitorang sampai ke USS dalam pukul 9 lebih. Sepanjang perjalanan aku setelah masuk ke Singapura, memang tak dinafikan bahawa Singapura sangat strict dengan peraturan dan undang-undang negara diorang. Kebersihan tempat diorang memang tak dapat dipertikai la. Sangat susah nak nampak sampah.

Bas yang kitorang naik tu akan pergi kat parking di basement USS. So, kitorang kena naik escalator untuk ke entrance USS.



Before korang masuk dalam, aku sarankan korang ambik map USS sebab kalau korang main jalan je dan tak berpandukan map, korang akan buang masa. Sebabnya, setiap tempat dalam USS tu lain-lain tarikannya.

Ni map USS

Kat dalam USS ni, aku sarankan korang jangan terlalu excited sangat nak bergambar dengan mascot time awal-awal. Sebab korang kena beratur untuk ambik gambar dengan dorang. Kat situ dah bazir masa untuk korang pergi kat tempat lain. Kenapa? Bas akan bawak korang balik semula ke hotel pkul 7. So, korang kena pusing sampai habis dan masuk semua tempat instead of korang berbaris panjang tunggu untuk ambik gambar dengan mascot. Korang jangan risau, USS ni aku pusing habis lebih kurang sampai pukul 6. So, pkul 6 lebih tu aku and wife aku dengan senang hati ambik gambar dengan mascot yang ada. Sebab petang-petang tak ramai yang beratur dah. So, dapat jimat masa kat situ.

Ok, back to the story. Tempat pertama yang kitorang pergi adalah Area "New York" iaitu Sesame Street Spagetti Space Chase. So, bila korang masuk kat tempat ni, korang kena beratur. Biasa la sebab ramai yang ada kat USS kan. Korang mesti pernah tengok cerita Sesame Street time zaman budak-budak dulu kan. Kat dalam ni korang akan naik cable chair yang akan bawak korang mengembara bersama Elmo dan Super Grover dalam sesame street ni. Misi korang adalah untuk menghentikan Macaroni daripada mencuri spagetti dari planet Bumi. 





Lepas keluar dari Sesame Street tu, Kitorang terus pergi kat Area “Sci Fi City”. Tempat ni memang best sebab siapa-siapa yang fanatic dengan transformers better korang jangan lepaskan peluang untuk masuk dan merasai Transformers - The Ultimate 3D Battle. Kitorang diberikan 3D glasses yang wajib dipakai bila duduk kat kerusi ala-ala kereta transformers. Kemudian kitorang dibawa oleh Optimus Prime untuk melawan musuhnya. Memang terbaik!


 Laluan untuk masuk ke tempat transformers

Dekat Sci Fi City ni ada juga game Accelerator. Tapi aku and wife tak pergi pun sebab Accelerator ni lebih kurang macam mangkuk besar berpusing-pusing then berlanggar satu sama lain.

Ha, macam ni benda alah yang bernama Accelerator.Ni aku ambik dari google sebab memang kitorang tak naik pun. 

Agak-agak dalam tengahari tu, kitorang berhenti untuk solat. Baru dua tempat pergi, dah tengahari. Bayangkan la setiap tempat yg kitorang masuk tu, kitorang kena beratur ramai orang. Padahal aku pergi bukan time weekend. Pun ramai orang jugak.

Nak tau lagi tempat-tempat mana yang aku pergi dalam USS tu? Nantikan USS Part 2.